Wednesday 30 December 2009

Lawatan Kerja BTPN Perak Ke PKG Raja


17 DECEMBER 2009. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN Perak) bersama seluruh PKG Perak telah membuat lawatan kerja ke PKG Raja. Tujuan utama BTPN Perak adalah untuk melawat asrama di PKG Raja. BTPN Perak dalam hasratnya untuk membina sebuah asrama di salah satu PKG di Perak. Selepas itu, BTPN Perak telah menjamu selera makan tengah hari di dewan makan PKG Raja. Kami warga PKG Raja mengucapkan ribuan terima kasih kepada BTPN Perak kerana sudi melawat ke PKG Raja.

Wednesday 2 December 2009

Banjir 2009

2 DISEMBER 2009. Hujan yang turun tanpa henti sejak dari kelmarin telah menyebabkan kawasan PKG Raja telah di naiki air. Alhamdulillah setakat ini air banjir belum lagi ke tahap memasuki ruang dalam pejabat PKG. Kami di PKG Raja telah bersiap sedia menghadapi banjir, jika air banjir memasuki ruang dalam pejabat PKG.

Sambutan Hari Raya Aidiladha


28 NOVEMBER 2009. PKG Raja telah mengadakan sambutan hari raya aidiladha dan telah mengorbankan 2 ekor lembu. Aktiviti korban ini telah di adakan di perkarangan PKG Raja.