Wednesday 16 September 2009

VISI DAN MISI PKG


VISI

Meneraju transformasi generasi
bestari melalui teknologi pendidikan




MISI

Pembangunan kapasiti dan
peningkatan kualiti pengurusan
instruksional menerusi pembudayaan
inovasi teknologi pendidikan





Monday 14 September 2009

KUTIPAN DATA UNTUK SISTEM PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT SEKOLAH (SPPICTS) KALI KE-3

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), akan memulakan kutipan data Sistem Pengurusan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) bagi kali ke-3 pada 14 September 2009 hingga 2 Oktober 2009. Kutipan ini dilakukan bagi membolehkan BTP mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.

Sunday 6 September 2009

Tarikh Kutipan data SPPICTS ke-2 2009


Untuk makluman semua sekolah, tarikh akhir pengemaskinian data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah kali kedua tahun 2009 telah dilanjutkan sama dengan tarikh akhir SSQS. Namun, pihak sekolah dinasihatkan untuk menyelesaikan pengemaskinian SPPICTS secepat mungkin bagi mengelak pertembungan dengan pengemaskinian SSQS.

Oleh Admin Blog