Monday 22 February 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR & PMR Daerah Besut 2009


13 FEBRUARI 2010. Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan Program Juara Rakyat bersama dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR & PMR Daerah Besut 2009 yang diadakan di Dewan Majlis Gong Kemuntong Besut. Majlis ini telah di sempurnakan perasmiannya oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Majlis ini diadakan kerana Daerah Besut telah menjadi juara keseluruhan pencapaian UPSR dan PMR peringkat negeri Terengganu dan Kebangsaan.

Majlis Penyampaian Watikah PPS (PDRM)

7 FEBRUARI 2010. Pejabat Pelajaran Daerah Besut dengan kerjasama Polis Di Raja Malaysia Daerah Besut telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah (PDRM) Daerah Besut 2010 yang di adakan di dewan besar Sek. Men. Keb. Tembila, Besut. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Muhammad Pehimi Bin Yusof (Adun Kota Putera). Sebanyak 73 buah sekolah dalam Daerah Besut yang terdiri daripada Pengetua dan Guru besar mengiringi Pegawai Perhubungan Sekolah (PDRM) yang dilantik untuk menerima watikah pelantikan.

Mesyuarat Pemilihan Tokoh Nilam 2010


14 JANUARI 2010. Mesyuarat pemilihan tokoh NILAM peringkat daerah Besut telah diadakan di bilik mesyuarat PKG Raja. Mesyuarat ini melibatkan sekolah-sekolah yang terpilih sahaja yang terdiri daripada Guru Perpustakaan dan Media (GPM). Mesyuarat ini di pengerusikan oleh wakil dari PPD Besut dan juga bersama-sama dengan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG daerah Besut. Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan pemilihan calon pelajar yang layak ke pemilihan tokoh NILAM peringkat negeri Terengganu.

Mengacau Bubur Asyura (Awal Muharam)

10 JANUARI 2010. Bersempena dengan sambutan Awal Muharam (Maal Hijrah), PKG Raja telah mengadakan aktiviti memasak bubur asyura secara bergotong royong. Aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dan kerjasama diantara semua staf. Aktiviti mengacau bubur asyura ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan selesai proses mengacau pada pukul 12.30 tengah hari. Kemudian bubur asyura ini diagih-agihkan kepada semua staf.