Sunday 18 April 2010

SELAMAT DATANG PTP 1 PKG RAJA YANG BARU

18 APRIL 2010. Kami warga PKG Raja mengucapkan selamat datang kepada Puan Nurul Huda Binti Mohd Yusof yang telah melapor diri di PKG Raja sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 1. Selamat bertugas.

Sunday 11 April 2010

JADUAL BARU PENGISIAN DATA MAKLUMAT SPPICTS 2010

Email Dari BTP

Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kami percaya masalah teknikal SPPICTS telah diatasi. Dengan mengambil kira jumlah sekolah yang terlibat, kami terpaksa menjadualkan semula pengisian data supaya masalah lain seperti kesesakan rangkaian tidak mengganggu pungutan data sekolah. Berikut adalah jadual baru:

JADUAL BARU PENGISIAN DATA MAKLUMAT SPPICTS 2010
KUTIPAN 1/2010 (12 April – 9 Mei 2010)

Johor: 12 – 13 April 2010 (2 hari)
Perak: 14 – 15 April 2010 (2 hari)
Melaka & Perlis: 16 April 2010 (1 hari)
Kelantan: 18 April 2010 (1 hari)
Sabah: 19 – 20 April 2010 (2 hari)
Sarawak: 21 – 23 April 2010 (3 hari)
Kedah: 25 – 26 April 2010 (2 hari)
Selangor: 27 – 28 April 2010 (2 hari)
Negeri Sembilan: 29 April 2010 (1 hari)
Pahang: 30 April 2010 (1 hari)
Pulau Pinang: 3 Mei 2010 (1 hari)
Terengganu: 4 Mei 2010 (1 hari)
W Persekutuan (KL, Labuan & Putrajaya): 5 Mei 2010 (1 hari)

[Pada 17 April (Sabtu), 24 April (Sabtu) dan 2 Jun (Ahad) terbuka kepada semua sekolah. Pada 6 Mei (Khamis) hingga 9 Mei (Ahad) terbuka kepada semua sekolah yang terlewat.]

3. Untuk mengelakkan kesesakan rangkaian, dipohon semua PKG dan sekolah ikut jadual di atas semasa mengisi data SPPICTS (melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my ). Disertakan jadual di atas dalam bentuk PDF dan maklumat ini juga terdapat dalam portal SPPICTS. Pihak tuan/puan dipohon untuk menyebarkan maklumat ini kepada semua pihak yang terlibat.

4. Pastikan semua 8 bidang yang terlibat (iaitu: Capaian Internet, Pusat Akses Sekolah, Makmal Komputer, EduWebTV, Peralatan PPSMI, Perisian Kursus Pendidikan, ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran & Perkongsian Pintar) diisi dengan lengkap. Pengecualian di beri hanya kepada Pusat Akses Sekolah dan Perkongsian Pintar untuk sekolah yang tidak mempunyai bidang tersebut.

5. Sekali lagi, kami mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak yang terlibat. Bagi sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada Unit Data BTP ( unitdata@moe.edu.my ). Atas keperhatinan dan kerjasama pihak tuan/puan, kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Saya yang menurut perintah,

Mohammad Yusof bin K Mohamad
Ketua Unit Data, Sektor Dasar
Bahagian Teknologi Pendidikan
Tel: 03-20987933 Emel: unitdata@moe.edu.my)

Jadual dalam bentuk PDF

Thursday 8 April 2010

Majlis Penyerahan Tugas


Mantan PTP 1 PKG Raja
(1 Mac 2004 - 8 April 2010)

En. Mohd Rasidi Almunir Bin Aziz


8 APRIL 2010. Hari ini adalah hari terakhir Encik Mohd Rasidi Almunir Bin Aziz atau ramai yang mengenalinya dengan panggilan Ustaz Rasidi akan bertugas di PKG Raja. Beliau telah banyak menabur jasa dan bakti terutama dalam bidang ICT kepada sekolah-sekolah di dalam Daerah Besut. Beliau akan berkhidmat di tempat baru iaitu di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut. Sehubungan dengan itu, satu majlis penyerahan tugas telah di adakan pada hari ini. Encik Mohd Rasidi Almunir Bin Aziz telah menyerahkan tugas beliau keada Encik Muhammad Sukri Bin Ahmad. Majlis ini telah di saksikan oleh Tuan Haji Wan Zuhaidi Bin Wan Hassan selaku Penolong Pengarah Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG, Pegawai Hypermedia SK Tengku Mahmud dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Jerteh dan PKG Seri Payong.

Tuesday 6 April 2010

E-mail Dari BTP Mengenai SPPICTS


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Tuan/Puan yang dihormati,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pelaksanaan kutipan data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) mengalami masalah teknikal. Langkah-langkah segera sedang diambil untuk mengatasi masalah ini supaya aplikasi SPPICTS dapat digunakan semula.

3. Pihak sekolah perlu dimaklumkan perkara ini supaya tidak menggunakan atau mengemaskini data dalam aplikasi tersebut sementara waktu. Kami akan mengumumkan semula apabila kerja-kerja tersebut selesai.

4. Pihak kami mohon maaf atas segala kesulitan yang timbul kerana masalah ini. Kami juga ucapkan ribuan terima kasih ke atas segala maklum balas dan cadangan dari pihak tuan. Sila gunakan alamat emel unitdata@moe.edu.my untuk menghubungi kami.

Sekian.

Mohammad Yusof bin K Mohamad
Ketua Unit Data, Sektor Dasar
unitdata@moe.edu.my