Wednesday 23 June 2010

PENGUMPULAN DATA SPPICTS KALI KE-2

Email dari BTP

Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa kutipan data kali kedua dengan menggunakan aplikasi Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) secara online akan dilaksanakan bermula pada 20 Jun hingga 09 Julai 2010.

2. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan diminta untuk memantau pengumpulan serta verifikasi data sekolah di bawah pihak tuan/puan. Pihak sekolah haruslah melengkapkan data penggunaan inisiatif ICT sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dianalisis dan diproses sebagai laporan lengkap. Pengisian data mengikut negeri tidak dilaksanakan pada kali ini kerana aplikasi SPPICTS telah ditambah baik untuk mengelakkan kesesakan seperti yang berlaku semasa kutipan kali pertama.

3. Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Sila Muat Turun Surat Arahan SPPICTS Dari PPD Besut