Wednesday 11 August 2010

PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS PERINGKAT DAERAH BESUT 2010

Kursus Khidmat Bantu GPM

Aktiviti Khidmat Bantu Di Pusat Sumber Sekolah


Majlis Perasmian Penutup

7 - 9 OGOS 2010. Pada tahun ini Daerah Besut amat bertuah kerana di pilih untuk program khidmat bantu Pusat Sumber Sekolah (PSS). Alhamdulillah semua aktiviti berjalan dengan lancar yang bermula dari mesyuarat peringkat daerah, kursus khidmat bantu untuk GPM Daerah Besut, aktiviti khidmat bantu di PSS dan majlis perasmian penutup. Sebanyak 10 buah sekolah di Daerah Besut di pilih untuk program khidmat bantu iaitu SMK Tengku Mahmud 2, SM Imtiaz Besut, SMA Ittifakiah, SMK Bukit Payong, SK Tengku Mahmud, SK Tengku Mahmud 2, SK Lubuk Kawah, SK Seberang Jerteh, SK Darau dan SK Seri Payong. Majlis Perasmian Penutup telah diadakan di SMA Ittifakiah dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Razali Bin Daud, A.M.N, P.J.C, P.J.K, Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu. Terima kasih diucapkan kepada semua GPM Daerah Besut, Guru-Guru serta orang perseorangan yang terlibat secara langsung mahu pun tidak lansung bagi menjayakan program ini.

BENGKEL PENARAFAN SSQS 2010


10 OGOS 2010. Bengkel SSQS telah berjaya dilaksanakan di bilik mesyuarat PKG Raja. Bengkel SSQS kali ini telah bergabung bersama dengan sekolah ahli PKG Jerteh dan PKG Seri Payong. Bengkel SSQS ini bertujuan bagi menerangkan kaedah mengisi maklumat bagi setiap responden yang terlibat terutama kepada Guru Penyelaras Bestari/ICT yang baru dilantik. Penceramah bengkel SSQS ini telah di sampaikan oleh En. Mamat Bin Kifli, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Seri Payong.

Sunday 8 August 2010

BENGKEL SSQS 2010

Sukacita di maklumkan, satu bengkel SSQS akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 10 Ogos 2010
Masa : 8.30 pagi - 5.00 Petang

Tempat : PKG Raja, Alor Lintang


Sehubungan dengan itu, Guru Penyelaras Bestari/ICT di minta hadir ke bengkel di atas dan di kehendaki membawa bersama komputer riba (guna wireless) bagi memudahkan urusan pengisian maklumat.

Sila Muat Turun Surat Panggilan Ke Bengkel SSQS

Sila Muat Turun Lampiran A