Wednesday 6 July 2011

BENGKEL PENGISIAN ONLINE DATA iNILAM 2011

Sukacita ingin memaklumkan, bengkel pengisian online data iNILAM bagi semua sekolah Daerah Besut akan diadakan di Pusat Kegiatan Guru Jerteh pada 12 -14 Julai 2011. Tarikh peserta yang terlibat seperti dalam lampiran. Guru yang terlibat adalah Guru Perpustakaan dan Media. Sila klik sini untuk download surat panggilan dan lampiran peserta.

Sekian, terima kasih.

Monday 11 April 2011

KURSUS PENGGUNAAN PORTAL EDUWEBTV VERSI 2.0

21-24 MAC 2011. Kursus penggunaan portal eduwebtv versi 2.0 telah berjaya di anjurkan oleh PKG Daerah Besut. Kursus ini di jalankan bertempat di makmal komputer SMK Tengku Mahmud 2. Kursus ini di bahagi kepada dua sesi iaitu sesi pertama pada 21 & 22 Mac 2011 dan sesi kedua pada 23 & 24 Mac 2011. Fokus utama kursus ini adalah untuk mengajar cara untuk pendaftaran ahli dan cara utuk upload dan download video dari portal.

Sunday 13 March 2011

TALIAN HELPDESK TM

Pertukaran no talian helpdesk TM terbaru:

1. Talian bantuan School Broadband *1800 22 7722 *akan bermula pada *7 Mac 2011*.
2. Talian *1060* akan *ditamatkan* dan sekolah boleh membuat aduan sehingga *15 Mac 2011* sahaja.

Harap maklum dan sebarkan kepada pihak yang mungkin tercicir.

Sunday 6 March 2011

BENGKEL PEMANTAPAN ICT PERINGKAT PKG DAERAH BESUT

1-3 MAC 2011. PKG Daerah Besut telah menganjurkan Bengkel Pemantapan ICT yang diadakan di PKG Jerteh. Selama 3 hari bengkel ini diadakan mengikut peserta yang telah di tetapkan hari. Peserta-perserta terdiri daripada Guru Penyelaras Bestari dan ICT sekolah-sekolah di Daerah Besut. Penceramah di jemput khas dari SK Alor Keladi iaitu Ustaz Mohd Yusof Bin Ismail. Peserta telah didedahkan tentang bagaimana ingin menggunakan CD Windows 7 PE.

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG RAJA BIL. 1/2011

1 MAC 2011. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Raja bil.1/2011 telah berlangsung dengan jayanya. Mesyuarat ini telah di hadiri wakil BTPN Terengganu oleh Tuan Haji Wan Mohd Zuhaidi Bin Wan Hassan, Ketua Unit PKG dan YM Ku Ahmad Bin Ku Ibrahim, Pegawai Teknologi Pendidikkan Unit ICT BTPN. Ahli PKG Raja yang hadir terdiri daripada Pengetua, Guru Besar serta wakil dari sekolah masing-masing. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh YM Tuan Mohamad Yusof bin Tuan Sulaiman, Pengetua SMK Tengku Mahmud. Mesyuarat bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari.

Sunday 27 February 2011

BENGKEL PENSTORAN BAHAN DIGITAL UNTUK GURU BAHASA MELAYU TAHUN 1

21 & 22 FEBRUARI 2011. PKG Daerah Besut telah mengadakan satu bengkel untuk guru bahasa melayu tahun 1 selama 2 hari. Bengkel ini bertajuk Bengkel Penstoran Bahan Digital Untuk Guru Bahasa Melayu Tahun 1. Peserta bengkel ini melibatkan semua guru bahasa melayu tahun 1 di Daerah Besut. Bengkel ini diadakan di PKG Jerteh. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk mengajar guru-guru bagaimana untuk membuat lembaran kerja yang terdapat di dalam CD MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris). Ceramah telah disampaikan oleh En. Mamat Bin Kifli, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Seri Payong dan di bantu oleh 5 orang fasilitator.