Sunday 13 March 2011

TALIAN HELPDESK TM

Pertukaran no talian helpdesk TM terbaru:

1. Talian bantuan School Broadband *1800 22 7722 *akan bermula pada *7 Mac 2011*.
2. Talian *1060* akan *ditamatkan* dan sekolah boleh membuat aduan sehingga *15 Mac 2011* sahaja.

Harap maklum dan sebarkan kepada pihak yang mungkin tercicir.

Sunday 6 March 2011

BENGKEL PEMANTAPAN ICT PERINGKAT PKG DAERAH BESUT

1-3 MAC 2011. PKG Daerah Besut telah menganjurkan Bengkel Pemantapan ICT yang diadakan di PKG Jerteh. Selama 3 hari bengkel ini diadakan mengikut peserta yang telah di tetapkan hari. Peserta-perserta terdiri daripada Guru Penyelaras Bestari dan ICT sekolah-sekolah di Daerah Besut. Penceramah di jemput khas dari SK Alor Keladi iaitu Ustaz Mohd Yusof Bin Ismail. Peserta telah didedahkan tentang bagaimana ingin menggunakan CD Windows 7 PE.

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG RAJA BIL. 1/2011

1 MAC 2011. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Raja bil.1/2011 telah berlangsung dengan jayanya. Mesyuarat ini telah di hadiri wakil BTPN Terengganu oleh Tuan Haji Wan Mohd Zuhaidi Bin Wan Hassan, Ketua Unit PKG dan YM Ku Ahmad Bin Ku Ibrahim, Pegawai Teknologi Pendidikkan Unit ICT BTPN. Ahli PKG Raja yang hadir terdiri daripada Pengetua, Guru Besar serta wakil dari sekolah masing-masing. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh YM Tuan Mohamad Yusof bin Tuan Sulaiman, Pengetua SMK Tengku Mahmud. Mesyuarat bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari.