Wednesday 23 July 2014

Selamat Hari Raya Aidifitri 2014/1435H


Ramadhan bakal beransur pergi, Syawal menjelma di aidilfitri, Seikhlas hati menyusun jari, memohon dimaaf kekhilafan diri, Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.

Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaaf, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Di Aidil Fitri Mulia, Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa TERsilap bicara TERmarah yg x kena TERtanya yg x tentu hala TERsasul yg x sengaja TERpukul kat mana2 TERpinjam harta benda TERmoody x semena2 TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Sunday 20 July 2014

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN BAKEB 2014

Telah menjadi rutin tahunan bagi Badan Kebajikan Kakitangan BTPN Terengganu (BAKEB BTPN) untuk menganjurkan program Ziarah Ramadhan. Pada tahun ini Program Ziarah Ramadhan BAKEB 2014 telah diadakan pada 16 Julai 2014 dikediaman rumah kakitangan pegawai yang telah kembali ke rahmatullah. Program ini telah di sertai oleh Tuan Haji Alias Bin Talib KPP BTPN dan AJK BAKEB. Pihak BAKEB telah menziarahi keluarga arwah Mamat bin Kifli, arwah Wan Saufi bin Wan Abdullah dan arwah Mohd Firdaus bin Idris.
Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapatlah membantu meringankan beban persiapan hari raya yang bakal tiba nanti. AL-Fatihah

Sunday 15 June 2014

PEMANTAUAN BTPN TERENGGANU KE PKG RAJA.



Pemantauan ISO di PKG Raja telah diadakan pada 9 JUN 2014. Pegawai Pemantau yang terlibat ialah Yang Mulia Tengku Muhd Abdussalam Bin Tengku Awang yang menilai bahagian pengurusan pejabat, dan En.Ruzlan Bin Abdul Gani bahagian pemantauan PKG ke Sekolah,ICT (PTP I) dan Nilam serta iQ-PSS (PTP II).

Wednesday 9 April 2014

ANUGERAH TOKOH NILAM NEGERI TERENGGANU.


Majlis Anugerah Tokoh Nilam telah diadakan pada 18 MAC 2014 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Berikut Video Anugerah Nilam Negeri Terengganu 2014.

Sunday 6 April 2014

Majlis Anugerah Tokoh Nilam Daerah Besut


Majlis Anugerah Tokoh Nilam Daerah telah berlangsung pada 10.03.2014 di Dewan Sekolah Menengah Agama Maarif Besut.

Wednesday 19 March 2014

MESYUARAT JKPA PKG DAERAH BESUT 2014.


Mesyuarat JKPA Daerah Besut telah diadakan pada 27 Februari 2014 di Dewan Haji Abdul Latiff SMKA Wataniah. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Tengku Abdussalam Bin Tengku Awang sebagai wakil Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu. Turut dihadiri oleh Tuan Haji Mahusin Bin Mamat, Pegawai Votek PPD Daerah Besut dan Pegawai Perhubungan setiap PKG iatu PKG Raja, PKG Jerteh dan PKG Seri Payong.

Monday 17 March 2014

PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH BESUT 2014.


TARIKH : 17 FEBRUARI 2014
TEMPAT : PKG JERTIH
MASA : 8.00 pagi Hingga 5.00 ptg

Thursday 13 March 2014

MESYUARAT PENYELARASAN GPICT/GPB PKG RAJA 2014


TARIKH : 9 FEBRUARI 2014
TEMPAT : BILIK MESYUARAT
MASA : 2.30 PETANG HINGGA 4.30 PETANG

Wednesday 12 March 2014

MESYUARAT PENYELARASAN GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA 2014

Tarikh : 05 FEBRUARI 2014
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Raja
Masa : 2.30pm - 5.00pm

Wednesday 1 January 2014

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2013, 2014 KINI BERTANDANG

Tahun 2013 kini ditinggalkan dengan seribu kenangan penuh suka duka. Kini Tahun 2014 membuka tirainya. Terima kasih kepada semua terutamanya pihak PTPN Terengganu, JPNT, PPD Besut, Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah ahli PKG Raja diatas kerjasama dan muafakat dalam menjalinkan hubungan erat khususnya dalam bidang tugas kami. Kepada semua guru dan kakitangan sekolah-sekolah ahli yang telah berurusan dengan pihak kami, sekiranya ada salah dan silap sepanjang menjalankan tugas kemaafan dipinta.

Koleksi Foto Sepanjang Tahun 2013