Wednesday 23 July 2014

Selamat Hari Raya Aidifitri 2014/1435H


Ramadhan bakal beransur pergi, Syawal menjelma di aidilfitri, Seikhlas hati menyusun jari, memohon dimaaf kekhilafan diri, Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.

Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaaf, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Di Aidil Fitri Mulia, Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa TERsilap bicara TERmarah yg x kena TERtanya yg x tentu hala TERsasul yg x sengaja TERpukul kat mana2 TERpinjam harta benda TERmoody x semena2 TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Sunday 20 July 2014

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN BAKEB 2014

Telah menjadi rutin tahunan bagi Badan Kebajikan Kakitangan BTPN Terengganu (BAKEB BTPN) untuk menganjurkan program Ziarah Ramadhan. Pada tahun ini Program Ziarah Ramadhan BAKEB 2014 telah diadakan pada 16 Julai 2014 dikediaman rumah kakitangan pegawai yang telah kembali ke rahmatullah. Program ini telah di sertai oleh Tuan Haji Alias Bin Talib KPP BTPN dan AJK BAKEB. Pihak BAKEB telah menziarahi keluarga arwah Mamat bin Kifli, arwah Wan Saufi bin Wan Abdullah dan arwah Mohd Firdaus bin Idris.
Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapatlah membantu meringankan beban persiapan hari raya yang bakal tiba nanti. AL-Fatihah