Thursday 11 February 2016

MESYUARAT JKPA DAERAH BESUT BIL 1\2016




Mesyuarat JKPA Daerah Besut Bil 1/2016 telah selesai di adakan pada 03 Febuari 2016 bertempat di PKG Raja. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu, Tuan Haji Alias Bin Talib. Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Tuan Haji Mohd Yasmin Bin Yusof. Ketua Unit Pengurusan Strategik, En Nize Bin Muhammad, Ketua Unit Keawangan Dan Perolehan, Pn. Roshaliza Binti Abdul Wahab. Serta pegawai perhubungan PKG Raja, En. Sabri Bin Ismail, pegawai perhubungan PKG Jerteh Tuan Haji Mat Nawi Bin Omar dan pegawai perhubungan PKG Sri Payong, En. Ruzlan Bin Ghani. Mesyuarat ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Wednesday 10 February 2016

TAKLIMAT PENYERAHAN CD MBMMBI 2016.


Taklimat Penyerahan CD MBMMBI telah selesai diadakan pada 06 Januari 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Kegiatan Guru Raja. Taklimat Penyerahan CD MBMMBI diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepda Guru Perpustakaan Media cara menguruskan bahan digital MBMMBI di sekolah masing-masing. Taklimat ini telah di sampaikan oleh En. Abdul Malik Bin Muhamad Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Terengganu, Unit Media Dan Inovasi Pendidikan.