UTAMA |
SEJARAH PKG |
FUNGSI |
MISI PKG |
PROFIL |
ORGANISASI PKG |
KEMUDAHAN |
MUAT TURUN |
HUBUNGI KAMI |
Wednesday, 30 December 2009
Lawatan Kerja BTPN Perak Ke PKG Raja
17 DECEMBER 2009. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN Perak) bersama seluruh PKG Perak telah membuat lawatan kerja ke PKG Raja. Tujuan utama BTPN Perak adalah untuk melawat asrama di PKG Raja. BTPN Perak dalam hasratnya untuk membina sebuah asrama di salah satu PKG di Perak. Selepas itu, BTPN Perak telah menjamu selera makan tengah hari di dewan makan PKG Raja. Kami warga PKG Raja mengucapkan ribuan terima kasih kepada BTPN Perak kerana sudi melawat ke PKG Raja.
Wednesday, 2 December 2009
Banjir 2009
2 DISEMBER 2009. Hujan yang turun tanpa henti sejak dari kelmarin telah menyebabkan kawasan PKG Raja telah di naiki air. Alhamdulillah setakat ini air banjir belum lagi ke tahap memasuki ruang dalam pejabat PKG. Kami di PKG Raja telah bersiap sedia menghadapi banjir, jika air banjir memasuki ruang dalam pejabat PKG.
Sambutan Hari Raya Aidiladha
28 NOVEMBER 2009. PKG Raja telah mengadakan sambutan hari raya aidiladha dan telah mengorbankan 2 ekor lembu. Aktiviti korban ini telah di adakan di perkarangan PKG Raja.
Tuesday, 6 October 2009
Lanjutan Tarikh Tutup SPPICTS
Tarikh tutup pengemaskinian maklumat SPPICTS dilanjutkan ke tarikh baru pada 19 Oktober 2009. Semua sekolah diharap mengambil tindakan segera. Harap maklum.
Wednesday, 16 September 2009
VISI DAN MISI PKG
VISI
Meneraju transformasi generasi
bestari melalui teknologi pendidikan
MISI
Pembangunan kapasiti dan
peningkatan kualiti pengurusan
instruksional menerusi pembudayaan
inovasi teknologi pendidikan
Meneraju transformasi generasi
bestari melalui teknologi pendidikan
MISI
Pembangunan kapasiti dan
peningkatan kualiti pengurusan
instruksional menerusi pembudayaan
inovasi teknologi pendidikan
Monday, 14 September 2009
KUTIPAN DATA UNTUK SISTEM PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT SEKOLAH (SPPICTS) KALI KE-3
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), akan memulakan kutipan data Sistem Pengurusan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) bagi kali ke-3 pada 14 September 2009 hingga 2 Oktober 2009. Kutipan ini dilakukan bagi membolehkan BTP mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.
Sunday, 6 September 2009
Tarikh Kutipan data SPPICTS ke-2 2009
Untuk makluman semua sekolah, tarikh akhir pengemaskinian data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah kali kedua tahun 2009 telah dilanjutkan sama dengan tarikh akhir SSQS. Namun, pihak sekolah dinasihatkan untuk menyelesaikan pengemaskinian SPPICTS secepat mungkin bagi mengelak pertembungan dengan pengemaskinian SSQS.
Oleh Admin Blog
Sunday, 5 July 2009
Kutipan Data SSQS Siri ke-2
Kutipan data SSQS siri ke-2 akan mulai Julai 2009. Aplikasi SSQS kini dibuka untuk tujuan taklimat dan latihan oleh BTPN & PKG kepada sekolah sahaja. Sebarang kemasukan data sebelum Julai 2009 tidak akan diambil kira dalam pengiraan ranking kelak. Harap maklum.
Oleh Admin Blog
Oleh Admin Blog
Monday, 29 June 2009
Kutipan Data Kedua SPPICTS
Untuk makluman pihak sekolah-sekolah, kutipan data kedua SPPICTS akan dilaksanakan bermula pada 15 Jun hingga 03 Julai 2009 (Disertakan surat berkaitan dari Bahagian ini, KP(BTP)8800/4/15/(46) bertarikh 10 Februari 2009 untuk rujukan tuan)
Download surat arahan di sini
Oleh Admin Blog
Download surat arahan di sini
Oleh Admin Blog
Pelan Lokasi PKG Raja
Sunday, 28 June 2009
Wednesday, 24 June 2009
Assalamualaikum wrm. wbt.
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya blog PKG Raja dapat di wujudkan dan di siapkan dengan sempurna. Blog ini akan di update dari masa ke semasa. Dengan adanya blog ini, PKG Raja akan dapat menyampaikan maklumat kepada semua sekolah di bawah PKG Raja dengan lebih berkesan lagi. Harapan PKG Raja semoga semua pihak dapat berkunjung ke laman blog PKG Raja ini pada setiap masa.
Oleh Admin Blog
Oleh Admin Blog
Subscribe to:
Posts (Atom)