Wednesday, 28 July 2010

BENGKEL I-NILAM TAHUN 2010

27 JULAI 2010. Alhamdulillah, bengkel i-NILAM berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah teknikal yang tidak dapat di elakkan. Bengkel ini dihadiri oleh semua Guru Perpustakaan dan Media di bawah sekolah ahli PKG Raja. Penceramah bengkel ini telah disampaikan oleh En. Muhammad Sukri Bin Ahmad sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Raja. Pengisian utama bengkel ini adalah untuk mendedahkan kepada GPM cara untuk muat naik (upload) data SMM T-Murid ke dalam sistem IQ-PSS online. Bengkel i-NILAM ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.

Thursday, 22 July 2010

BENGKEL I-NILAM

Sukacita di maklumkan, satu bengkel i-nilam akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 27 Julai 2010 (SELASA)

Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Pusat Kegiatan Guru Raja


Sehubungan dengan itu Guru Perpustakaan dan Media sekolah tuan diminta hadir ke bengkel di atas dan dikehendaki membawa bersama komputer riba (guna wireless), datahem(SMM)-Tmurid dan maklumat peribadi guru data sekolah bagi memudahkan urusan kemasukan data dalam program i-nilam.


Sila Muat Turun Surat Panggilan Ke Bengkel I-Nilam

Sunday, 18 July 2010

PENARAFAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2010

Semua Pengetua,
Sekolah-sekolah Negeri Terengganu


Tuan/ puan,


PENARAFAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS 2010


Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan penarafan sekolah menggunakan SSQS secara online tahun 2010 bermula


19 Julai 2010 hingga 30 Ogos 2010


Untuk tujuan itu dilampirkan surat siaran dari JPN yang berketerangan sendiri untuk tindakan tuan/ puan selanjutnya.


Sekiranya tuan/puan menghadapi masalah, sila rujuk PKG Raja ditalian

1.Pejabat :09-6958044
2.PTP1 :013-2428360 (Pn. Nurul Huda Binti Mohamad Yusof)

3.FT17 :012-5943765 (En. Mohd Firdaus Bin Idris)


Kerjasama tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian,terima kasih


Sila Muat Turun Surat Arahan SSQS Dari JPN Terengganu


Sila Muat Turun Manual Cara Pengisian Maklumat SSQS 2010