Apakah Anda masih dihantui oleh ramalan tentang 2012? Ramalan suku Maya
bahawa pada 21 Disember 2012 merupakan akhir dari waktu dunia yang
dengan kata lain disebutkan sebagai hari kiamat "Dooms Day", memang
menakutkan dan menggerunkan.
Pengarah Hollywood, Roland Emmerich, dengan berani menggambarkan apa
yang berkemungkinan terjadi pada tahun 2012 di dalam sebuah filem barat
dengan tajuk ‘2012’. Hasilnya sangat amat luar biasa, filem itu meletup
dan termasuk ke dalam senarai "box office". Tetapi untuk pengetahuan
para pembaca semua di dalam Al Qur’an juga terdapat ‘penjelasan’
mengenai perkara-perkara yang akan berlaku disepanjang tahun 2012,
tetapi yang pastinya ia bukanlah hari kiamat kerana "kiamat" itu adalah
rahsia Allah s.w.t
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang
ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan ia
mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai
daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun
dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering,
melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang
terang nyata.” |Qs. al-An’am :59|.
Mengikut pendapat seorang pengkaji iaitu Ali Adam, kelulusan dari
University of Technology, Iraq, dan guru Bahasa Inggeris, Bournemouth
University. Mendedahkan di dalam bukunya yang bertajuk ‘al-Quran pada
tahun 2012′. Dengan menggunakan teknik matematik, Adam percaya bahawa
kitab suci Al Quran ini punya penjelasan yang tersendiri mengenai apa
yang akan berlaku disepanjang tahun 2012, mengenai masanya, dan berapa
kali perkara "itu" akan berlaku.
Untuk pengetahun semua, selama ini para penyelidik telah mengetahui
dimana Al Qur’an memiliki bentuk dan struktur huruf-huruf yang sangat
teratur. Kitab yang diturunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w
ini bukan hanya memiliki keselarasan dan keteraturan di dalam
makna-makna dan petunjuk-petunjuknya, terkandung juga di dalam setiap
ayatnya keselarasan dan keteraturan di dalam jumlah kata dan pengulangan
huruf-hurufnya.
Ajaibnya Kitabullah ini membuat para ahli numerologi tergoda untuk
mencari sesuatu yang tersembunyi di balik keselarasan dan keteraturan
tersebut. Setelah melakukan penelitian, seorang dari mereka, yakni ‘Abd
ad-Da’im al-Kahil, dalam buku berjudul “Misteri Nombor 7 dalam Mukjizat Matematik Al Qur’an”
mengungkapkan, ayat-ayat, surah-surah, kata-kata, dan huruf-huruf dalam
Al Qur’an telah diatur Allah s.w.t dengan sistem yang berunsurkan pada
digit 7. Ini dijelaskan melalui keselarasan dengan beberapa fenomena
kehidupan seharian ummat islam iaitu, di dalam seminggu ada 7 hari. Bumi
dan langit terdiri dari 7 lapis. Umat Islam yang menunaikan ibadah haji
melakukan 7 kali putaran sa’i, 7 putaran thawaf, dan 7 kali melempar
jumrah. Terdapat 7 golongan yang dinaungi Allah pada Hari Kiamat.
Terdapat 7 larangan Allah s.w.t kepada ummat manusia. Terdapat 7 sifat
perosak dan sebagainya.
Selama melakukan penyelidikan, Adam membahagikan Al-Quran yang terdiri
daripada 114 surah dan 6.236 ayat, kepada dua bahagian, iaitu surah
pembukaan dan surah Pautan. Surah Pembukaan adalah surah al-Fatihah yang
seperti kita sedia maklum disebut sebagai Ummul Qitab (Ibu Segala
Ayat), sedang Surah Pautan adalah surah-surah lain, seperti surah
al-Baqarah, an-Nisa, dan lain-lain.
Surah Al-Fatihah, menurut Adam, merupakan petunjuk dalam mengungkap
pesan-pesan Allah s.w.t yang terkandung di dalam 113 surah lainnya(Surah
pautan). Surah ini mengandungi 7 ayat, kata-katanya yang berjumlah 29,
dan huruf-hurufnya yang berjumlah 139 (cuba lihat pada Surah Al
Fatihah). Jumlah ayat, kata dan huruf surah al-Fatihah ini merupakan
nombor perdana.
“Jadi kata kunci atau kod untuk menyingkap pesan-pesan dalam Al Qur’an adalah pada bilangan nombor perdana,” - Adam.
Lalu mereka mengkaji pula surah-surah pautan, dan perhatian mereka
tertumpu kepada surah Ar-Rahman yang merupakan surah ke-55. Di dalam
surah ini terdapat ayat yang diulang sebanyak 31 kali yang membawa
bermaksud:
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
Ayat-ayat yang diulang tersebut berada pada ayat ke-13, 16, 18, 21, 23,
25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61,
63, 65, 69, 71, 73, 75, dan 77 (silakan baca surah ar-Rahman). Jika
semua angka-angka itu dijumlahkan, maka jumlahnya adalah 1433 dengan
menggunakan teknik primalogi (bahagian dari teknik numerical), maka
angka 1433 dapat dijumlahkan menjadi 1+4+3+3 = 11 (nombor perdana).
Adam mengaku, dirinya keliru untuk mentafsir makna nombor 1433 tersebut,
sebelum akhirnya menyedari bahawa kita pernah berada pada tahun 1433
H(2011 Masihi) dan tahun ini kita berada di dalam tahun 1433H(2012
Masihi). Keyakinan Adam semakin kuat apabila angka 1433 merujuk kepada
tahun hijrah, kerana ketika ia memadankan antara jumlah perkataan yang
berada di dalam surah ar-Rahman dengan bilangan hari pada tahun 2012,
keduanya sama, iaitu jumlah kata dalam surah ar-Rahman sebanyak 355
perkataan, dan jumlah hari pada 2012 sebanyak 355 hari, bukan 356
hari(cuba kita merujuk kepada kalendar 2012).
Bukan itu sahaja penemuan Adam ini Kerana ayat “Maka nikmat Tuhan kamu
yang manakah yang kamu dustakan?” diulang sehingga 31 kali, dia percaya
disepanjang tahun 2012 akan berlaku 31 kejadian/peristiwa yang dahyat
dan akan menggoncang kehidupan manusia di bumi, tetapi yang pastinya ia
bukanlah kiamat. Dijangkakan juga bahawa setiap kejadian akan berlaku
selama 4 hari berikutan di dalam ayat tersebut yang diulang terdiri dari
empat kata.
Sabda Rasulullah: Dari Huzaifah al-Ghifari r.a berkata, sewaktu kami
sedang berbincang, tiba-tiba datang Rasulullah s.a.w kepada kami lalu
bertanya: “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan?”
Lalu kami menjawab: “Kami sedang berbincang mengenai hari kiamat.”
Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi
sebelum kamu melihat sepuluh tanda: Dukhan (kabut asap), Dajjal, Dhab
al-Ardh (binatang melata yang boleh berbicara), matahari terbit dari
barat, turunnya Isa, munculnya Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana
di timur, barat dan Semenanjung Arab dan terakhir api yang keluar dari
Yaman yang akan menghantar manusia ke Mahsyar.” (Hadis Riwayat Muslim).
Dipetik Daripada : http://saint-guerre.blogspot.com