Monday, 24 May 2010

MESYUARAT GPM Bil.1/2013




Mesyuarat GPM Bil.1/2013
Mesyuarat ini telahpun berjaya dilaksanakan pada 18/02/2013. Ianya telah diadakan bermula jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat PKG. Pihak PKG merakamkan jutaan terima kasih kepada semua GPM dan wakil yang menghadiri mesyuarat ini. Kekalkan muafakat kita untuk memantapkan PSS di seluruh sekolah -sekolah ahli PKG Raja. Terima Kasih.

Sunday, 18 April 2010

SELAMAT DATANG PTP 1 PKG RAJA YANG BARU

18 APRIL 2010. Kami warga PKG Raja mengucapkan selamat datang kepada Puan Nurul Huda Binti Mohd Yusof yang telah melapor diri di PKG Raja sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 1. Selamat bertugas.

Sunday, 11 April 2010

JADUAL BARU PENGISIAN DATA MAKLUMAT SPPICTS 2010

Email Dari BTP

Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kami percaya masalah teknikal SPPICTS telah diatasi. Dengan mengambil kira jumlah sekolah yang terlibat, kami terpaksa menjadualkan semula pengisian data supaya masalah lain seperti kesesakan rangkaian tidak mengganggu pungutan data sekolah. Berikut adalah jadual baru:

JADUAL BARU PENGISIAN DATA MAKLUMAT SPPICTS 2010
KUTIPAN 1/2010 (12 April – 9 Mei 2010)

Johor: 12 – 13 April 2010 (2 hari)
Perak: 14 – 15 April 2010 (2 hari)
Melaka & Perlis: 16 April 2010 (1 hari)
Kelantan: 18 April 2010 (1 hari)
Sabah: 19 – 20 April 2010 (2 hari)
Sarawak: 21 – 23 April 2010 (3 hari)
Kedah: 25 – 26 April 2010 (2 hari)
Selangor: 27 – 28 April 2010 (2 hari)
Negeri Sembilan: 29 April 2010 (1 hari)
Pahang: 30 April 2010 (1 hari)
Pulau Pinang: 3 Mei 2010 (1 hari)
Terengganu: 4 Mei 2010 (1 hari)
W Persekutuan (KL, Labuan & Putrajaya): 5 Mei 2010 (1 hari)

[Pada 17 April (Sabtu), 24 April (Sabtu) dan 2 Jun (Ahad) terbuka kepada semua sekolah. Pada 6 Mei (Khamis) hingga 9 Mei (Ahad) terbuka kepada semua sekolah yang terlewat.]

3. Untuk mengelakkan kesesakan rangkaian, dipohon semua PKG dan sekolah ikut jadual di atas semasa mengisi data SPPICTS (melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my ). Disertakan jadual di atas dalam bentuk PDF dan maklumat ini juga terdapat dalam portal SPPICTS. Pihak tuan/puan dipohon untuk menyebarkan maklumat ini kepada semua pihak yang terlibat.

4. Pastikan semua 8 bidang yang terlibat (iaitu: Capaian Internet, Pusat Akses Sekolah, Makmal Komputer, EduWebTV, Peralatan PPSMI, Perisian Kursus Pendidikan, ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran & Perkongsian Pintar) diisi dengan lengkap. Pengecualian di beri hanya kepada Pusat Akses Sekolah dan Perkongsian Pintar untuk sekolah yang tidak mempunyai bidang tersebut.

5. Sekali lagi, kami mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak yang terlibat. Bagi sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada Unit Data BTP ( unitdata@moe.edu.my ). Atas keperhatinan dan kerjasama pihak tuan/puan, kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Saya yang menurut perintah,

Mohammad Yusof bin K Mohamad
Ketua Unit Data, Sektor Dasar
Bahagian Teknologi Pendidikan
Tel: 03-20987933 Emel: unitdata@moe.edu.my)

Jadual dalam bentuk PDF

Thursday, 8 April 2010

Majlis Penyerahan Tugas


Mantan PTP 1 PKG Raja
(1 Mac 2004 - 8 April 2010)

En. Mohd Rasidi Almunir Bin Aziz


8 APRIL 2010. Hari ini adalah hari terakhir Encik Mohd Rasidi Almunir Bin Aziz atau ramai yang mengenalinya dengan panggilan Ustaz Rasidi akan bertugas di PKG Raja. Beliau telah banyak menabur jasa dan bakti terutama dalam bidang ICT kepada sekolah-sekolah di dalam Daerah Besut. Beliau akan berkhidmat di tempat baru iaitu di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut. Sehubungan dengan itu, satu majlis penyerahan tugas telah di adakan pada hari ini. Encik Mohd Rasidi Almunir Bin Aziz telah menyerahkan tugas beliau keada Encik Muhammad Sukri Bin Ahmad. Majlis ini telah di saksikan oleh Tuan Haji Wan Zuhaidi Bin Wan Hassan selaku Penolong Pengarah Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG, Pegawai Hypermedia SK Tengku Mahmud dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Jerteh dan PKG Seri Payong.

Tuesday, 6 April 2010

E-mail Dari BTP Mengenai SPPICTS


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Tuan/Puan yang dihormati,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pelaksanaan kutipan data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) mengalami masalah teknikal. Langkah-langkah segera sedang diambil untuk mengatasi masalah ini supaya aplikasi SPPICTS dapat digunakan semula.

3. Pihak sekolah perlu dimaklumkan perkara ini supaya tidak menggunakan atau mengemaskini data dalam aplikasi tersebut sementara waktu. Kami akan mengumumkan semula apabila kerja-kerja tersebut selesai.

4. Pihak kami mohon maaf atas segala kesulitan yang timbul kerana masalah ini. Kami juga ucapkan ribuan terima kasih ke atas segala maklum balas dan cadangan dari pihak tuan. Sila gunakan alamat emel unitdata@moe.edu.my untuk menghubungi kami.

Sekian.

Mohammad Yusof bin K Mohamad
Ketua Unit Data, Sektor Dasar
unitdata@moe.edu.my

Thursday, 18 March 2010

Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) Tahun 2010 Telah Bermula

Bahagian Teknologi Pendidikan telah diberi tanggungjawab untuk memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran serta pengurusan sekolah. Lapan(8) medan inisiatif ICT yang dikenalpasti untuk dipantau pada tahun ini seperti mana berikut:

i - Capaian internet

ii- Pusat Akses Sekolah
iii- Makmal Komputer
iv- EduWebTV
v - Peralatan PPSMI

vi- Perisian Kursus Pendidikan
vii- ICT dalam Pengurusan dan
Pentadbiran
viii- Perkongsian Pintar

Sehubungan dengan itu, kutipan data secara online dengan menggunakan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) bagi tahun ini dilaksanakan sebanyak tiga(3) kali sebagaimana tarikh di bawah:


a) 21 Mac 2010 hingga 09 April 2010
b) 20 Jun hingga 09 Julai 2010
c) 19 September hingga 08 Oktober 2010


Diharap pihak sekolah dapat mengemaskini maklumat tersebut secara onlne melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my , http://pnp.moe.edu.my atau http://rnd.moe.edu.my/ssqs mengikut tarikh yang tersebut di atas.

Sila muat turun surat dari BTP.




Wednesday, 3 March 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan PKG Raja Bil. 1/2010

3 MAC 2010. Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana PKG Raja telah dapat mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan PKG Raja Bil. 1/2010 yang berakhir dengan jayanya. Mesyuarat ini bertujuan menyelaras dan membincangkan hal-hal Pengurusan serta status pelaksanaan aktiviti PKG Raja 2010. Mesyuarat ini di hadiri oleh Pengetua dan Guru Besar di bawah sekolah ahli PKG Raja. Pada mesyuarat kali ini juga telah membubar ahli jawatankuasa yang lama dan melantik ahli jawatankuasa yang baru. Mesyuarat telah bermula jam 10 pagi dan berakhir tepat jam 12.45 tengah hari.