Tahun 2013 kini ditinggalkan dengan seribu kenangan penuh suka duka. Kini Tahun 2014 membuka tirainya. Terima kasih kepada semua terutamanya pihak PTPN Terengganu, JPNT, PPD Besut, Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah ahli PKG Raja diatas kerjasama dan muafakat dalam menjalinkan hubungan erat khususnya dalam bidang tugas kami. Kepada semua guru dan kakitangan sekolah-sekolah ahli yang telah berurusan dengan pihak kami, sekiranya ada salah dan silap sepanjang menjalankan tugas kemaafan dipinta.
Koleksi Foto Sepanjang Tahun 2013
UTAMA |
SEJARAH PKG |
FUNGSI |
MISI PKG |
PROFIL |
ORGANISASI PKG |
KEMUDAHAN |
MUAT TURUN |
HUBUNGI KAMI |
Wednesday, 1 January 2014
Tuesday, 26 March 2013
KEM KEMBARA NILAM TERENGGANU 2013
Telahpun berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 17 hingga 19 Mac 2013 bertempat di BTPN Terengganu. PPD Besut dengan kerjasama PKG Daerah Besut telah menghantar 4 orang wakil terdiri daripada 2 orang calon sekolah rendah dan 2 orang calon sekolah menengah.
Buat kali pertama dua kategori diperkenalkan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada 20 Mac 2013 telahpun diadakan majlis penyampaian hadiah Tokoh NILAM Terengganu, Tahniah dan Syabas kepada 2 orang calon daerah Besut kerana berjaya menjadi Johan Tokoh NILAM Negeri bagi katagori BM ( SR ) dan Naib Johan BI ( SM ).
Saturday, 23 February 2013
PENARAFAN i-QPSS 2013
iQ-PSS 2013
Penarafan Pusat Sumber 2013 telah dibuka mulai 7-Jan-2013. GPM dan PTP PKG sila ambil tindakan. iQ-PSS 2013 akan ditutup mulai 1-Apr-2013
Kepada semua guru GPM, sila bertindak dengan segera sebelum line sistem mengalami kesesakan sekiranya diisi pada saat-saat akhir.
Friday, 18 January 2013
BACAAN YAASIN MINGGUAN
Sudah menjadi amalan kami di PKG Raja, aktiviti bacaan yaasin dilakukan sepanjang minggu iaitu pada setiap pagi Khamis bermula pukul 8.30 dan berakhir jam 9.30 pagi. semua pegawai,staf,pekerja swasta dan jaga diwajibkan menyertai aktiviti ini secara berkumpulan. Aktiviti sedemikian rupa sewajarnya diamalkan oleh semua. Semua sedia maklum bahawa betapa besarnya kita menyebut apatah lagi membaca ayat-ayat suci al-quran yang merupakan kalam Allah.
Sunday, 23 December 2012
Selamat Datang Tahun 2013
Apakah Anda masih dihantui oleh ramalan tentang 2012? Ramalan suku Maya
bahawa pada 21 Disember 2012 merupakan akhir dari waktu dunia yang
dengan kata lain disebutkan sebagai hari kiamat "Dooms Day", memang
menakutkan dan menggerunkan.
Pengarah Hollywood, Roland Emmerich, dengan berani menggambarkan apa
yang berkemungkinan terjadi pada tahun 2012 di dalam sebuah filem barat
dengan tajuk ‘2012’. Hasilnya sangat amat luar biasa, filem itu meletup
dan termasuk ke dalam senarai "box office". Tetapi untuk pengetahuan
para pembaca semua di dalam Al Qur’an juga terdapat ‘penjelasan’
mengenai perkara-perkara yang akan berlaku disepanjang tahun 2012,
tetapi yang pastinya ia bukanlah hari kiamat kerana "kiamat" itu adalah
rahsia Allah s.w.t
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang
ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan ia
mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai
daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun
dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering,
melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang
terang nyata.” |Qs. al-An’am :59|.
Mengikut pendapat seorang pengkaji iaitu Ali Adam, kelulusan dari
University of Technology, Iraq, dan guru Bahasa Inggeris, Bournemouth
University. Mendedahkan di dalam bukunya yang bertajuk ‘al-Quran pada
tahun 2012′. Dengan menggunakan teknik matematik, Adam percaya bahawa
kitab suci Al Quran ini punya penjelasan yang tersendiri mengenai apa
yang akan berlaku disepanjang tahun 2012, mengenai masanya, dan berapa
kali perkara "itu" akan berlaku.
Untuk pengetahun semua, selama ini para penyelidik telah mengetahui
dimana Al Qur’an memiliki bentuk dan struktur huruf-huruf yang sangat
teratur. Kitab yang diturunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w
ini bukan hanya memiliki keselarasan dan keteraturan di dalam
makna-makna dan petunjuk-petunjuknya, terkandung juga di dalam setiap
ayatnya keselarasan dan keteraturan di dalam jumlah kata dan pengulangan
huruf-hurufnya.
Ajaibnya Kitabullah ini membuat para ahli numerologi tergoda untuk
mencari sesuatu yang tersembunyi di balik keselarasan dan keteraturan
tersebut. Setelah melakukan penelitian, seorang dari mereka, yakni ‘Abd
ad-Da’im al-Kahil, dalam buku berjudul “Misteri Nombor 7 dalam Mukjizat Matematik Al Qur’an”
mengungkapkan, ayat-ayat, surah-surah, kata-kata, dan huruf-huruf dalam
Al Qur’an telah diatur Allah s.w.t dengan sistem yang berunsurkan pada
digit 7. Ini dijelaskan melalui keselarasan dengan beberapa fenomena
kehidupan seharian ummat islam iaitu, di dalam seminggu ada 7 hari. Bumi
dan langit terdiri dari 7 lapis. Umat Islam yang menunaikan ibadah haji
melakukan 7 kali putaran sa’i, 7 putaran thawaf, dan 7 kali melempar
jumrah. Terdapat 7 golongan yang dinaungi Allah pada Hari Kiamat.
Terdapat 7 larangan Allah s.w.t kepada ummat manusia. Terdapat 7 sifat
perosak dan sebagainya.
Selama melakukan penyelidikan, Adam membahagikan Al-Quran yang terdiri
daripada 114 surah dan 6.236 ayat, kepada dua bahagian, iaitu surah
pembukaan dan surah Pautan. Surah Pembukaan adalah surah al-Fatihah yang
seperti kita sedia maklum disebut sebagai Ummul Qitab (Ibu Segala
Ayat), sedang Surah Pautan adalah surah-surah lain, seperti surah
al-Baqarah, an-Nisa, dan lain-lain.
Surah Al-Fatihah, menurut Adam, merupakan petunjuk dalam mengungkap
pesan-pesan Allah s.w.t yang terkandung di dalam 113 surah lainnya(Surah
pautan). Surah ini mengandungi 7 ayat, kata-katanya yang berjumlah 29,
dan huruf-hurufnya yang berjumlah 139 (cuba lihat pada Surah Al
Fatihah). Jumlah ayat, kata dan huruf surah al-Fatihah ini merupakan
nombor perdana.
“Jadi kata kunci atau kod untuk menyingkap pesan-pesan dalam Al Qur’an adalah pada bilangan nombor perdana,” - Adam.
Lalu mereka mengkaji pula surah-surah pautan, dan perhatian mereka
tertumpu kepada surah Ar-Rahman yang merupakan surah ke-55. Di dalam
surah ini terdapat ayat yang diulang sebanyak 31 kali yang membawa
bermaksud:
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
Ayat-ayat yang diulang tersebut berada pada ayat ke-13, 16, 18, 21, 23,
25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61,
63, 65, 69, 71, 73, 75, dan 77 (silakan baca surah ar-Rahman). Jika
semua angka-angka itu dijumlahkan, maka jumlahnya adalah 1433 dengan
menggunakan teknik primalogi (bahagian dari teknik numerical), maka
angka 1433 dapat dijumlahkan menjadi 1+4+3+3 = 11 (nombor perdana).
Adam mengaku, dirinya keliru untuk mentafsir makna nombor 1433 tersebut,
sebelum akhirnya menyedari bahawa kita pernah berada pada tahun 1433
H(2011 Masihi) dan tahun ini kita berada di dalam tahun 1433H(2012
Masihi). Keyakinan Adam semakin kuat apabila angka 1433 merujuk kepada
tahun hijrah, kerana ketika ia memadankan antara jumlah perkataan yang
berada di dalam surah ar-Rahman dengan bilangan hari pada tahun 2012,
keduanya sama, iaitu jumlah kata dalam surah ar-Rahman sebanyak 355
perkataan, dan jumlah hari pada 2012 sebanyak 355 hari, bukan 356
hari(cuba kita merujuk kepada kalendar 2012).
Bukan itu sahaja penemuan Adam ini Kerana ayat “Maka nikmat Tuhan kamu
yang manakah yang kamu dustakan?” diulang sehingga 31 kali, dia percaya
disepanjang tahun 2012 akan berlaku 31 kejadian/peristiwa yang dahyat
dan akan menggoncang kehidupan manusia di bumi, tetapi yang pastinya ia
bukanlah kiamat. Dijangkakan juga bahawa setiap kejadian akan berlaku
selama 4 hari berikutan di dalam ayat tersebut yang diulang terdiri dari
empat kata.
Sabda Rasulullah: Dari Huzaifah al-Ghifari r.a berkata, sewaktu kami
sedang berbincang, tiba-tiba datang Rasulullah s.a.w kepada kami lalu
bertanya: “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan?”
Lalu kami menjawab: “Kami sedang berbincang mengenai hari kiamat.”
Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi
sebelum kamu melihat sepuluh tanda: Dukhan (kabut asap), Dajjal, Dhab
al-Ardh (binatang melata yang boleh berbicara), matahari terbit dari
barat, turunnya Isa, munculnya Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana
di timur, barat dan Semenanjung Arab dan terakhir api yang keluar dari
Yaman yang akan menghantar manusia ke Mahsyar.” (Hadis Riwayat Muslim).
Dipetik Daripada : http://saint-guerre.blogspot.com
Wednesday, 19 December 2012
Banjir oh banjir
Kini sudah menghampiri penjhujung tahun 2012. Sudah menjadi kelaziman penduduk di Pantai Timur kedatangan musim banjir amatlah dinanti-nantikan, dinanti-nantikan dalam bab ini membawa maksud yang mendalam. Dinantikan dengan penuh debaran, kesabaran,pengorbanan dan keriangan.
Peringatan kepada semua sekolah Ahli PKG Raja dan tak ketinggalan juga kepada semua sekolah-sekolah di Terengganu, bagi sekolah-sekolah yang sering kali dinaiki air bah ( banjir ) hendaklah sentiasa berwaspada dan beringat-ingat selalu terutama bilik-bilik utama yang memuatkan segala harta benda yang berharga hendaklah sentiasa dipantau dan dipindahkan ke tempat yang selamat terlebih awal. bak kata pepatah melayu, beringat sebelum kena, sediakan payung sebelum bah.
Bagi ibu bapa yang dianugerahkan anak-anak oleh Allah, Pencipta Sekalian Alam, bersamalah kita menjaga permata berharga ini agar tidak terlibat sama dalam keghairahan bermain air bah sehinggakan menggadaikan nyawa. Sesungguhnya segalanya sudah ditentukan olehNya, namu kita sebagai manusia yang berakal hendaklah sentiasa berusaha dan berikhtiar untuk mengatasinya selagi termampu dan terdaya.
Bagi PKG Raja jadikan sejaran ( 2 DISEMBER 2009. Hujan yang turun tanpa henti sejak dari kelmarin telah menyebabkan kawasan PKG Raja telah di naiki air. Alhamdulillah setakat ini air banjir belum lagi ke tahap memasuki ruang dalam pejabat PKG. Kami di PKG Raja telah bersiap sedia menghadapi banjir, jika air banjir memasuki ruang dalam pejabat PKG.)
bersamalah kita renungkannya.......
Cetusan Pandangan Cgu. Lah ( PTP II - PKG Raja )
Wednesday, 6 July 2011
BENGKEL PENGISIAN ONLINE DATA iNILAM 2011
Sukacita ingin memaklumkan, bengkel pengisian online data iNILAM bagi semua sekolah Daerah Besut akan diadakan di Pusat Kegiatan Guru Jerteh pada 12 -14 Julai 2011. Tarikh peserta yang terlibat seperti dalam lampiran. Guru yang terlibat adalah Guru Perpustakaan dan Media. Sila klik sini untuk download surat panggilan dan lampiran peserta.
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Labels:
bengkel online iNILAM
Subscribe to:
Posts (Atom)
