Monday 14 September 2009

KUTIPAN DATA UNTUK SISTEM PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT SEKOLAH (SPPICTS) KALI KE-3

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), akan memulakan kutipan data Sistem Pengurusan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) bagi kali ke-3 pada 14 September 2009 hingga 2 Oktober 2009. Kutipan ini dilakukan bagi membolehkan BTP mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.