Tuesday 6 April 2010

E-mail Dari BTP Mengenai SPPICTS


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Tuan/Puan yang dihormati,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pelaksanaan kutipan data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) mengalami masalah teknikal. Langkah-langkah segera sedang diambil untuk mengatasi masalah ini supaya aplikasi SPPICTS dapat digunakan semula.

3. Pihak sekolah perlu dimaklumkan perkara ini supaya tidak menggunakan atau mengemaskini data dalam aplikasi tersebut sementara waktu. Kami akan mengumumkan semula apabila kerja-kerja tersebut selesai.

4. Pihak kami mohon maaf atas segala kesulitan yang timbul kerana masalah ini. Kami juga ucapkan ribuan terima kasih ke atas segala maklum balas dan cadangan dari pihak tuan. Sila gunakan alamat emel unitdata@moe.edu.my untuk menghubungi kami.

Sekian.

Mohammad Yusof bin K Mohamad
Ketua Unit Data, Sektor Dasar
unitdata@moe.edu.my