Wednesday 11 August 2010

PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS PERINGKAT DAERAH BESUT 2010

Kursus Khidmat Bantu GPM

Aktiviti Khidmat Bantu Di Pusat Sumber Sekolah


Majlis Perasmian Penutup

7 - 9 OGOS 2010. Pada tahun ini Daerah Besut amat bertuah kerana di pilih untuk program khidmat bantu Pusat Sumber Sekolah (PSS). Alhamdulillah semua aktiviti berjalan dengan lancar yang bermula dari mesyuarat peringkat daerah, kursus khidmat bantu untuk GPM Daerah Besut, aktiviti khidmat bantu di PSS dan majlis perasmian penutup. Sebanyak 10 buah sekolah di Daerah Besut di pilih untuk program khidmat bantu iaitu SMK Tengku Mahmud 2, SM Imtiaz Besut, SMA Ittifakiah, SMK Bukit Payong, SK Tengku Mahmud, SK Tengku Mahmud 2, SK Lubuk Kawah, SK Seberang Jerteh, SK Darau dan SK Seri Payong. Majlis Perasmian Penutup telah diadakan di SMA Ittifakiah dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Razali Bin Daud, A.M.N, P.J.C, P.J.K, Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu. Terima kasih diucapkan kepada semua GPM Daerah Besut, Guru-Guru serta orang perseorangan yang terlibat secara langsung mahu pun tidak lansung bagi menjayakan program ini.