Sunday 6 March 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG RAJA BIL. 1/2011

1 MAC 2011. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Raja bil.1/2011 telah berlangsung dengan jayanya. Mesyuarat ini telah di hadiri wakil BTPN Terengganu oleh Tuan Haji Wan Mohd Zuhaidi Bin Wan Hassan, Ketua Unit PKG dan YM Ku Ahmad Bin Ku Ibrahim, Pegawai Teknologi Pendidikkan Unit ICT BTPN. Ahli PKG Raja yang hadir terdiri daripada Pengetua, Guru Besar serta wakil dari sekolah masing-masing. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh YM Tuan Mohamad Yusof bin Tuan Sulaiman, Pengetua SMK Tengku Mahmud. Mesyuarat bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari.