Sunday 20 July 2014

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN BAKEB 2014

Telah menjadi rutin tahunan bagi Badan Kebajikan Kakitangan BTPN Terengganu (BAKEB BTPN) untuk menganjurkan program Ziarah Ramadhan. Pada tahun ini Program Ziarah Ramadhan BAKEB 2014 telah diadakan pada 16 Julai 2014 dikediaman rumah kakitangan pegawai yang telah kembali ke rahmatullah. Program ini telah di sertai oleh Tuan Haji Alias Bin Talib KPP BTPN dan AJK BAKEB. Pihak BAKEB telah menziarahi keluarga arwah Mamat bin Kifli, arwah Wan Saufi bin Wan Abdullah dan arwah Mohd Firdaus bin Idris.
Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapatlah membantu meringankan beban persiapan hari raya yang bakal tiba nanti. AL-Fatihah