Thursday 22 December 2016

PROFIL

1.                    Maklumat Am
Pusat Kegiatan Guru adalah institusi yang menjadi pemangkin untuk meransang pembangunan profesional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seta penggunaan dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Ia selaras dengan matlamat pembestarian pendidikan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PTP I                           :           Tuan Mohd Shafie Bin Tuan Ismail
                                                Pegawai Teknologi Pendidikan ( DG 32 )
PTP II                          :           En. Che Lah Bin Hamat
                                                Pegawai Teknologi Pendidikan ( DG 32 – KUP )
Pembantu tadbir         :           Pn. Nora Bt. Ibrahim
                                                ( N 22 )
Juruteknik Komputer :             Pn. Nurul Fatimah Bt. Ghazali
                                                ( FA 29 )

EIO                              :           Suhailla Binti Hashim            
                                   
                       
2.                    Fungsi dan Sasaran Kerja Tahunan Pusat Kegiatan Guru
2.1       PKG menjalankan beberapa fungsi utama berdasarkan Sasaran Kerja
 Tahunan yang ditetapkan, antaranya ialah:

a.    Membantu melaksanakan aktiviti teknologi pendidikan yang dirancang dan mengumpul maklumat untuk pelaporan.

b.    Memberi khidmat sokongan pelaksanaan inisiatif  ICT di sekolah.

c.     Memberi khidmat sokongan pelaksanaan Sekolah Bestari dan pembestarian sekolah mengikut kelompok.

d.    Memantau dan memberi khidmat sokongan pembangunan Pusat Sumber Sekolah

e.    Mengedar, mempromosi dan member khidmat sokongan

f.      Membantu member khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah.


3.                    Objektif Pusat Kegiatan Guru
·         Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam penggunaan peralatan dan bahan teknologi pendidikan.
·         Mengumpul dan menyebar maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknologi pendidikan ke sekolah-sekolah setempat.
·         meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
·         membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
·         meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
·         menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.